Literasi bahasa berlaku secara serentak dengan
menggabungkan keseluruhan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur,
membaca, menulis dan berfikir. Hal ini bermaksud dalam pengajaran guru di dalam
kelas, semua kemahiran berbahasa perlu diajar kepada murid-murid secara
serentak supaya kemahiran tersebut terbina secara serentak supaya dapat
membantu antara satu sama lain.
i.
Pendekatan secara holistik
Pendekatan
secara holistik untuk membantu mengembangkan potensi individu
dalam suasana pembelajaran yang lebih menyenangkan dan menarik melalui
pengalaman terutama dalam berinteraksi dengan lingkungannya. Antara
cara yang sesuai yang digunakan ialah dengan menggunakan lima kemahiran utama.
Kemahiran tersebut iaitu kemahiran mendengar, membaca, bertutur, menulis dan
berfikir digabungkan dalam satu lingkungan supaya pengajaran tidak hanya tertumpu
pada satu kemahiran sahaja.
- aktiviti yang melibatkan antara dua pihak atau pelbagai hala iaitu antara guru dengan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar.
Rajah 1: Aktiviti yang menggabungkan lima kemahiran asas.
No comments:
Post a Comment