Thursday, 2 May 2013

Pendekatan Mengajar Bacaan Peringkat Awal


Menurut Yahya Petra (2006), terdapat dua pendekatan yang dapat digunakan pada peringkat asas dalam mengajar membaca iaitu:  

 1.       Pendekatan Binaan (sintektik)


a.   Kaedah abjad - dilatih menyebut dan menghafal  huruf daripada  ‘a’ sehingga ‘z’ kemudian mengeja suku kata dan perkataan, huruf2 yang terkandung dalam suku kata dan perkataan.
b.   Kaedah suku kata- Penekanan diberikan kepada dua jenis huruf iaitu vokal dan konsonan. Huruf konsonan dicantumkan dengan huruf vokal bagi menjadi suku kata. Suku kata pula digabungkan jadi perkataan.
c.   Kaedah fonik- Bunyi-bunyi yang berkait dengan huruf diperkenalkan dahulu dan bukannya nama huruf. Kemudian bunyi-bunyi itu digabungkan menjadi perkataan. Kaedah ini sukar dilaksanakan terutamanya dalam membunyikan huruf konsonan.


                            
2.      Pendekatan cerakinan (analitik)

      Kaedah ini berasaskan kepada kaedah fonik, digabungkan dengan kaedah suku kata serta dibantu   oleh kaedah pandang dan sebut. Penggabungan kaedah ini adalah untuk menjelaskan makna perkataan yang dipelajari dan memperlihatkan susunan bunyi dalam perkataan yang bermakna.

a.   Kaedah perkataan- perkataan diperkenalkan dengan menggunakan kad perkataan.  Sambil  tunjuk kad imbasan, murid perlu menyebut perkataan itu beberapa kali. Kaedah ini menekankan makna dalam bacaan.
b.  Kaedah ayat dan cerita- menekankan ayat sebagai unit bermakna dalam bacaan. Lebih menumpukan kepada bahan bacaan berbentuk cerita.


  Contoh:       Perkataan  ->  Abang
                     Suku kata  -> A + bang
                     Ayat           ->  Ini Abang

Bagaimana mengajar membaca dengan menggabungkan kelima-lima kemahiran tersebut? 
 


SELAMAT MEMBACA ^-^
 
--------------
                                                                                                                     

RUJUKAN
 Ag Kamil, Dra. R. AG. Kamil DIPL. T.E.F.L (1982). Teknik membaca textbook dan penterjemahan. Yogyakarta: Penerbit Kanisius (anggota IKAPI).
Mahzan Arshad (2003). Pendidikan literasi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mahzan Arshad (2008). Pendekatan literasi bahasa Melayu.  Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Seri Lanang Jaya Rohani & Dahlia Janan (2012). Terampil membaca. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Yahya Petra (2006). Edisi kedua. Mengajar membaca. Selangor: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.


 


No comments:

Post a Comment