Wednesday, 15 May 2013

MENCATAT NOTA DAN BENGKEL INTERNET (Tugasan Pasangan 2)

Nota merupakan suatu bahan pembelajaran yang mempunyai ciri tertentu seperti ringkas, padat, berkaitan dan sistematik. Ringkas ini merujuk kepada hanya fakta penting sahaja dimasukkan semasa proses melakukan nota. Padat, merujuk kepada hanya fakta yang penting diambil kata kuncinya dan berkaitan pula merujuk kepada kata kunci tadi mestilah mempunyai hubungan antara satu sama lain.

Ciri sistematik pula, dalam menghasilkan nota yang bagus, fakta akan disusun rapi mengikut urutan dan akan diolah dalam pelbagai format.

Kemahiran mencatat nota juga melibatkan aktiviti merekodkan data, maklumat, informasi, fakta atau isi-isi penting daripada sesuatu bahan sama ada bahan yang dibaca, didengar atau dilihat. Apabila seseorang sudah menguasai kemahiran mencatat nota maka mereka akan tercederung dalam penguasaan menulis cepat di mana ia merujuk kepada kemahiran menulis dengan kadar yang laju dan cepat dalam tempoh masa yang terhad.


Nota Peta Minda 
Peta minda ialah satu kaedah untuk membuat nota yang baik bagi mata pelajaran yang sesuai kepada gambarajah. Sebagai contoh matapelajaran Sejarah, Bahasa Melayu dan sebagainya. Kaedah ini amat berguna untuk mengingat sesuatu fakta. Dengan menggunakan nota peta minda, nota menjadi lebih teratur dan menarik. Langkah-langkah untuk membuat peta minda ialah:
                    1.      Tajuk peta.
                    2.      Tulis idea utama imej di tengah muka surat.
                    3.      Bulatkan idea utama.
                    4.      Gunakan satu garisan dahan untuk satu tajuk/idea kecil.
                    5.   Tulis perincian tajuk kecil di atas garis yang dibuat dari garis idea kecil.

 



  Nota Peta Konsep
  Peta Konsep adalah alat untuk mewakili adanya keberkaitan secara bermakna antara konsep 
  sehingga  membentuk proposisi.

Proposisi ialah dua atau lebih konsep yang dihubungkan dengan garis yang diberi label (kata penghubung)  sehingga memiliki suatu erti. Peta konsep juga adalah  suatu  alat skematis untuk   merepresentasikan suatu rangkaian konsep yang digambarkan  dalam suatu kerangka proposisi yang mengungkapkan hubungan-hubungan yang bererti antara konsep-konsep dan menekankan gagasan-gagasan pokok. Antara langkah-langkah dalam membuat nota peta konsep ialah:
 
  1. Memilih suatu bahan bacaan.
  2. Menentukan konsep-konsep yang relevan.
  3. Mengelompokkan (mengurutkan) konsep-konsep dari yang paling inklusif ke yang paling tidak inklusif.
  4. Menyusun konsep-konsep tersebut dalam suatu bagan, konsep-konsep yang paling inklusif diletakkan di bagian atas atau di pusat bagan tersebut.
  5. Dalam menghubungkan konsep-konsep tersebut dihubungkan dengan kata hubung. Misalnya “merupakan”, “dengan”, “diperoleh”, dan lain-lain.




Nota Gambar Rajah
Nota gambar rajah dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang topik yang dipelajari. Kaedah ini juga dapat membantu mengembalikan ingatan kepada topik yang sedang diulangkaji. Gambar rajah atau carta penting boleh disalin daripada nota, buku teks dan buku rujukan. Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan gambar rajah anda sendiri. Pelajar boleh gunakan pen berwarna untuk menjadikan nota gambar rajah lebih menarik. Antara langkah-langkah mencatat nota gambar rajah ialah:
  • Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam), duduk tegak , dan pernafasan biarlah betul.
  • Tingkatkan konsentrasi. Pastikan suasana tenang, hindarkan sebarang gangguan yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar seperti bunyi bising. 
  • Baca teks keseluruhan, terutama tajuk penting, pendahuluan, subtajuk, kesimpulan, soalan/latihan, gambar rajah dan carta.





Rajah 3: Contoh Nota Gambar Rajah

Nota Istilah 

  • Nota istilah digunakan untuk menyalin istilah-istilah sukar, definisi atau formula di atas kad atau kertas keras. Digunakan sebagai bahan untuk mengulangkaji tanpa mengira masa dan tempat. Langkah untuk menyediakan nota istilah ialah: 
  • Baca topik dengan teliti
  • Tandakan istilah , formula atau definisi-definisi yang penting
  • Catatkan istilah , formula atau definisi di atas kertas . Gunakan kertas keras dan pen berwarna untuk menjadikan nota tersebut menarik dan tahan lama
  • Nota yang dicatat hendaklah ringkas dan padat . Kamu boleh guna ringkasan perkataan atau simbol seperti yg , dgn , cth , & . Lihat contoh:

  Subjek : Sejarah Dunia
  Tajuk : Dari Gua ke Perkampungan Awal

 
Zaman Paleolitik
             Manusia hidup berpindah-randah - dlm kelompok yg kecil
             Mencari sumber makanan - tumbuhan liar
             Memburu binatang - dimkn
             Tidak tinggal tetap di sesuatu tempat
             Tinggal - di dlm gua - di bwh ranting-ranting yg ditutup dgn rumput-rampai
             Peralatan harian - diperbuat drp batu & tulang

Rajah 4 : Contoh Nota Istilah

Nota soalan dan jawapan 

Nota soalan dan jawapan digunakan untuk memberikan arah dan fokus dalam mempelajari topik yang tertentu. Ia dapat memberikan contoh kepada pelajar tentang gaya soalan dan bentuk jawapan untuk kegunaan mereka semasa mengulang kaji serta dapat menguji kefahaman mereka tentang sesuatu topik. Dibawah adalah contoh untuk kaedah untuk membuat nota jenis soalan dan jawapan.

Subjek:
Topik:
Soalan: .................................................................................................................................     
              ................................................................................................................................                                                                                                  
Jawapan:  .................................................................................................................................
                   .................................................................................................................................

Rajah 5: Contoh Nota Soalan dan Jawapan

Nota Akronim/Neumonik

Nota akronim atau neumonik ialah nota yang dibuat dengan mengunakan cara mencantumkan bahagian-bahagian awal daripada beberapa perkataan sehingga menjadi satu perkataan yang baru dan senang untuk diingati oleh seseorang. Perkataan yang dihasilkan bergantung kepada amaginasi pelajar itu sendiri.


PERSEDIAAN MEMBUAT PETA MINDA

  • Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) , duduk tegak, dan pernafasan biarlah betul
  • Tingkatkan konsentrasi. Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar
  • Baca teks keseluruhan, terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk , kesimpulan , soalan / latihan , gambar rajah dan carta
  • Baca keseluruhan teks dengan laju
  • Baca dengan sederhana laju dan tandakan fakta-fakta penting
  • Kenal pasti tajuk utama dan subtajuk yang hendak dimasukkan ke dalam peta minda
  • Bina peta minda

KAEDAH MEMBUAT PETA MINDA
  • Mula membuat peta minda di bahagian tengah kertas
  • Bezakan tajuk utama dan tajuk kecil dengan menggunakan warna yang terang dan berbeza supaya lebih menarik
  • Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas dan lukis gambar untuk mewakili tajuk utama tersebut. Gunakan warna yang berlainan dan menarik supaya lebih mudah mengingatinya
  • Sambungkan ranting utama ke tajuk yang berada di tengah-tengah . Kembangkannya dengan cara melebar ke tepi
  • Tulis atau lukis imej yang menggambarkan fakta di atas ranting utama tersebut . Gunakan simbol
  • Tambahkan ranting utama mengikut fakta yang hendak kamu masukkan. Gunakan warna yang berbeza untuk memudahkan kamu mengingatinya
  • Kembangkan ranting utama ke ranting kecil mengikut fakta. Jika boleh , kamu gunakan warna yang berbeza antara ranting-ranting kecil ini.


MANFAAT BENGKEL INTERNET DALAM PEMBELAJARAN
  •  Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.
  •  Meningkatkan motivasi pelajar.
  •  Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning).
  •  Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi. 
  •  Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk   dikumpul.
  •  Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. 
  •  Membolehkan pelajar mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa. 
  •  Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar. 
  •  Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima. 
  •  Meningkatkan kemahiran bengkel internet.

       APAKAH SITUASI SESUAI DIGUNAKAN DALAM PENDEKATAN?

       Penggunaan bengkel internet untuk pembelajaran tutorial sesuai digunakan dalam situasi berikut: 
  • Dalam kelas yang mengandungi jumlah pelajar yang ramai dengan perbezaan kemampuan pembelajaran yang sangat ketara, guru boleh mengarahkan sebahagian daripada pelajarnya menggunakan perisian pendidikan dan memberikan tumpuan secara lebih dekat kepada kumpulan yang lain. 
  • Dalam keadaan guru terpaksa bertugas luar, boleh merancang pelajaran pelajar menggunakan perisian pendidikan yang bersesuaian di dalam makmal. Penyeliaan kelas dilakukan oleh guru ganti, Pemulihan pelajar yang lemah dibuat dengan bantuan komputer dan perisian pendidikan yang sesuai.  
  • Murid boleh mengikuti perisian ulangkali sehingga memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki. Pelajar yang cerdik, guru boleh menggunakan persian pendidikan yang mencabar minda mereka tujuan mengelakkan berasa bosan.


KELEBIHAN MENGGUNAKAN BENGKEL INTERNET
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing. 
  • Mendorong pelajar terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. 
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas. 
  • Memberi peluang kepada guru melaksanakan pendekatan moden dalam pendidikan seperti pemulihan, pelbagai kecerdasan dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment