Wednesday, 15 May 2013

KWL & DIALOG (Tugasan Pasangan 1)


TEKNIK KWL
Donna Ogle (1986) membina pembelajaran secara berkumpulan dengan menggunakan model yang membantu merangsang pemikiran minda secara aktif semasa proses membaca. Model ini dikembangkan untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan daya pengetahuan murid – murid mengenai sesuatu topik itu. Teknik ini merupakan akronim dari perkataan English KWL:

                                                    K – Know : Apa yang saya tahu ?
      W – What : Apa yang ingin saya tahu ?

     L – Learn : Apa yang saya pelajari ?  






            K (KNOW)
-          Apa yang saya ketahui ?

            W (WHAT)
-          Apa yang ingin saya ketahui ?

             L (LEARN)
-          Apa yang telah saya pelajari?














Rajah menunjukkan jadual KWL



Pendapat ahli bahasa mengenail KWL




Schaefer ( 2009 ), memberikan garis panduan dalam menggunakan kaedah KWL ini iaitu langkah K yang mana seseorang murid itu mempunyai pengetahuan sedia ada dan gabungkan dengan pengetahuan yang baru serta menyediakan otak agar bersedia untuk menggabung jalinkan maklumat lama dengan maklumat yang baru. Selain itu, dalam langkah K ini juga, murid bersedia dengan ketidakfahamannya mengenai sesuatu topik dan meminta bantuan guru dalam pengajaran di dalam kelas. 


Langkah W iaitu apa yang ingin saya tahu akan dimulakan di dalam kolum W. Dalam proses ini, berfikir secara analitikal diaplikasikan kerana mendorong murid – murid untuk bertanyakan soalan pada diri sendiri mengenai apa yang mereka ingin tahu mengenai sesuatu topik itu. Langkah L ini memberikan peluang kepada pelajar untuk merefleksikan daripada maklumat yang mereka kumpul sama ada melalui pengajaran di dalam kelas ataupun daripada sumber – sumber lain. Semua data yang diperolehi dikumpulkan dan membuat kesimpulan baru mengenai topik yang dipelajari berdasarkan pengetahuan sedia ada dengan informasi yang baru. 




Sebab dilaksana dalam P&P bacaan:
  • Membantu merangsang pemikiran minda murid-murid dalam bacaan.
  • Langkah untuk guru memantau dan lebih responsif dalam memantau pelajar agar mendapat pengetahuan yang betul semasa proses membaca.
  • Minda dapat dirangsang untuk melibatkan kegiatan dalam mencurahkan pendapat sendiri dan menentukan kategori – kategori gagasan ketika membaca. 


TEKNIK DIALOG 



Pendekatan yang digunakan dalam mengajar membaca melalui teknik dialog atau lebih dikenali sebagai Dialogue Thinking Reading Lesson (D-TRL) diperkenalkan oleh pakar-pakar. Commeyras (1990, 1991, 1993) merupakan seorang yang paling dekat dengan teknik dialog atau D-TRL yang menggalakkan pemikiran kritikal bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dalam pengajaran membaca.  

Matlamat utama D-TRL adalah untuk melibatkan pelajar dalam kefahaman dan pemikiran kritikal terutama dalam mendapatkan kepercayaan tentang sesuatu isu cerita khususnya semasa berlangsungnya pengajaran bacaan asas. Citing Paul (1987) pula menyatakan bahawa definisi yang dikemukakan oleh Commeyras mengenai pemikiran secara dialog merupakan suatu pertimbangan yang serius dalam mengalami dunia bersaing atau menunjukkan satu alternatif pandangan bagi isu-isu yang penting.


Sebab dilaksana dalam P&P bacaan:
  • Digunakan dalam pendekatan mengajar kefahaman membaca dalam sesuatu subjek juga dapat melatih para pelajar bertutur menggunakan intonasi dan sebutan yang betul dalam situasi tertentu.
  • Menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian dan ingin membangkitkan rasa ingin tahu dalam kalangan murid-murid.
  • Dapat menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan pemikiran dialogikal dalam usaha untuk mengenal pasti sebab-sebab untuk menyokong kesimpulan alternatif mengenai isu cerita pusat.



Kelebihan
kekurangan
                      Mengembangkan fikiran.
                   Melatih murid-murid mendapatkan pemahaman yang lengkap.

i.                    Mendatangkan masalah terutama pelajar yang tidak pandai membaca.
ii.                  Tidak dalam bentuk kualiti.



 PERBANDINGAN TEKNIK KWL DENGAN DIALOG


Persamaan
 
~ Melibatkan pemikiran kritikal pelajar dalam memahami sesuatu bacaan.

~ boleh mempertimbangkan pelbagai hipotesis.

~ boleh dilaksanakan secara berkumpulan dan memahami kefahaman.


Perbezaan






....... SELAMAT MEMBACA (^_^) Sharing is Caring....



Bibliografi




Alan Colburn, 2003, the lingo learning ( electronic resource ): education terms every
               science teacher should know, United States: Victors Grapics Inc.

 Buehl Doug, 2009, Classroom Strategies for Interactive Learning. New York:
               International Reading Association.Inc

Camille L.Z Blanchowitcz & Donna Oagle, 2008, Reading Comprehension: Strategies       
               Independent Learners, New York: The Guilford Press.

Frangenheim Eric, 2005, Reflections on Classroom Thinking Strategies, London: Paul 
               Chapman Publishing.

Mahzan Arshad, 2003 Pendidikan literasi bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications     
             & Distributors Sdn. Bhd.
           
Mahzan Arshad, 2008, Pendekatan literasi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications      
          & Distributors Sdn. Bhd.

Yahya Petra, 2006,  Edisi kedua. Mengajar membaca. Selangor: PTS Profesional Publishing  
        Sdn. Bhd.                               

















































No comments:

Post a Comment