- Kemampuan seseorang murid untuk membaca adalah merujuk kepada kesediaan mereka untuk menerima pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal.
- Melibatkan pelbagai aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, termasuklah proses mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi.
- Syed Abu Bakar Syed Akil dalam bukunya Panduan Mengajar Kemahiran Membaca (1994) menyatakan peringkat kesediaan membaca sangat penting. Menurutnya, “Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru.”
- Bagi seorang murid yang tidak pernah didedahkan dengan apa jua aktiviti bacaan, bermakna kesediaan membaca yang akan dilalui mereka merangkumi kebolehan fizikal, emosi dan mentalnya.
- Sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran membaca dengan lebih mudah.
- Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak seusianya yang tidak mendapat peluang yang sama.
Penampilan Literasi dan Penguasaan Bahasa
- Literasi tampil secara berterusan tanpa prasyarat mengenal huruf dan terbina secara bersepadu antara kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berfikir.
- Bermula sebelum kanak-kanak membina kefahaman menerusi pelbagai aktiviti dan pengalaman yang diperoleh dalam kehidupan seharian dan interaksi dengan orang yang lebih dewasa.
No comments:
Post a Comment