Saturday, 20 April 2013

Pemilihan Bahan Bacaan

 ~Entry kali ini memaparkan pemilihan bahan bacaan dalam literasi, jom2 singgah baca...~

-        Pemilihan bahan bacaan merupakan satu konsep yang membantu dalam proses membaca seseorang murid. Faktor kebolehbacaan sesebuah bahan bacaan itu perlulah diambil kira agar proses pembacaan murid berjalan dengan lancar. Jika sesebuah bahan bacaan sukar untuk dibaca oleh murid, maka hasilnya proses pemahaman murid ketika membaca itu tidak akan mendatangkan sebarang hasil.

-          Oleh itu, dalam pemilihan bahan bacaan ini merangkumi aspek – aspek yang perlu diteliti terlebih dahulu sebelum mencetak bahan bacaan untuk dibaca oleh individu. Konsep kebolehbacaan merupakan satu konsep yang merangkumi bahan bacaan itu sendiri dan bukan tertumpu kepada individu yang membaca bahan bacaan.

-          Terdapat formula kebolehbacaan yang merangkumi teknik pentaksiran tahap senang – sukar bahan bacaan secara objektif dan saintifik yang dicipta oleh Khadijah Rohani Md.Yunus. Kebolehbacaan ini berbeza dengan konsep kebolehan membaca yang mana kebolehan membaca lebih tertumpu kepada pembaca itu, iaitu tahap kecekapan, kemahiran individu memahami bahan yang dibaca ( Tay Meng Guat, 2005 ).

-          Kebolehbacaan seperti yang ditakrifkan oleh Dale & Chall (Chall Jeanne S., 1974:7), merupakan gabungan interaksi perkara – perkara yang terkandung dalam bahan cetak yang member kesan kejayaan kepada pembacanya. Selain itu, kebolehbacaan ini juga merupakan formula yang dicipta sebagai alat untuk memilih bahan bacaan yang bersesuaian dengan seorang murid di pelbagai peringkat pendidikan. Dalam konteks proses pemilihan dan penilaian bahan bacaan, istilah – istilah dalam bacaan seperti tahap pengajaran, tahap kekecawaan dan tahap bebas yang selalu digunakan dalam menyesuaikan sesuatu bahan bacaan dengan kebolehbacaan seseorang murid.

Faktor pemilihan bahan bacaan (Marohaini Yusoff, 1999:87 ),
  • Perbendaharaan kata 
  •  Panjang dan pendek ayat 
  •  Isi 
  • Struktur kata
  • Penggunaan dan organisasi grafik

3 Pengertian kebolehbacaan menurut (Klare George R, 1963:1)

    Khadijah Rohani ( 2001 ), mencipta formula kebolehbacaan ini dalam proses memilih dan menilai bahan bacaan yang sesuai. Terdapat beberapa faktor yang diambil kira dalam formula kebolehbacaan semasa proses pemilihan bahan bacaan, iaitu : 
    • Minat dan motivasi pembaca.
    • Cetakan dan ilustrasi teks 
    • Kerencaman perkataan dan ayat
     
    DARI ASPEK MINAT
    ~ seseorang akan membaca bahan bacaan yang diminatinya tanpa menghiraukan tahap susah.
    ~ dapat diubah dengan memberi penghargaan dan merit kepada seseorang murid.

    DARI ASPEK CETAKAN DAN ILUSTRASI
     
           A ) Jenis huruf yang digunakan
           B ) Reka bentuk saiz
           C ) Jenis kertas
           D ) Warna


    DARI ASPEK PERKATAAN DAN AYAT YANG DIGUNAKAN OLEH PENULIS
     

    ~ Ahmad Md Sharif ( dalam Nadzari, 1998 ), menekankan mengenai aspek linguistik dan konsep bahan itu sendiri yang akan menentukan senang dan sukarnya sesuatu bahan bacaan itu.
    ~ aspek lingustik yang merangkumi aspek leksikal, morfologi, sintaksis dan semantik. Penggunaan perkataan yang berkaitan dengan sosiobudaya dan bersifat efimisme boleh mempengaruhi pembaca.
    ~ selain itu, penggunaan rangkai kata yang biasa digunakan lebih mudah berbanding dengan penggunaan rangkai kata yang kurang kerap digunakan.

    Antara faktor yang diambil kira dalam pemilihan bahan bacaan:
     


    i ) Tulisan yang jelas
    -          Aspek reka bentuk sesuatu tulisan
    -          Jenis tulisan, jenis fon, jarak antara huruf, jarak antara baris, saiz muka surat, ketebalan cetakan tulisan dan ketebalan kertas.
    -          Jenis dan saiz yang memainkan peranan penting.


    ii ) Ilustrasi dan warna
    -          Membantu meningkatkan kefahaman pembaca terhadap sesuatu konsep.
    -          Mempunyai kelemahan, iaitu menyebabkan pembaca malas membaca dan hanya bergantung kepada ilustrasi untuk mendapatkan maklumat.
    -          Penggunaan warna yang juga mempengaruhi kebolehbacaan sesuatu bahan.
    -          Harrison ( 1980: 19 ), mengatakan bahawa penggunaan dakwat warna hitam, biru dan hijau adalah lebih jelas dan mudah untuk dibaca.

    iii ) Perbendaharaan kata
    -          Panjang perkataan dikira dengan cara mengira suku kata atau jumlah huruf dalam perkataan.
    -          Kekerapan perkataan pula dikira dengan cara melihat berapa kerap sesuatu perkataan itu digunakan.
    -          Perkataan yang panjang selalunya ialah perkataan yang jarang digunakan manakala perkataan yang kerap digunakan merupakan perkataan yang mudah kerana boleh lebih pantas dikenali dan difahami.

    iv ) Faktor ayat
    -          Kesukaran ayat boleh dibahagikan kepada lima mengikut kajian oleh Harrison ( 1980:23):
           ~ kata kerja berbanding kata kerja pasif
           ~ proses membentuk kata nama
           ~ kata kerja bantu
           ~ bilangan klausa dalam ayat
           ~ pemahaman dan penggantian

    v ) Susunan teks
    -          Mengambil kira perkara saperti perenggan, tajuk – tajuk kecil, penggunaan perkataan yang digarisi, dicondongkan dan yang ditebalkan.

    No comments:

    Post a Comment