Monday, 18 March 2013

Definisi Membaca



Apa itu bacaan?
  • Terdapat banyak definisi yang boleh menjelaskan maksud bacaan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, telah mendefinisikan bahawa istilah bacaan adalah sebagai bahan yang digunakan untuk dibaca, cara seseorang itu membaca dan mengaitkan tentang hasil yang dapat daripada pembacaan seseorang terhadap sesuatu yang dibaca. 
  • Menurut Harris dan Sipay (1980), ia menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang  bercetak atau bertulis. 
  • Manakala Kenedy (1981), pula mendefinisikan bacaan sebagai  keupayaan  seseorang untuk mengecam  bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan  bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui,  dan seterusnya  berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya. 
  • Jadi kesimpulanya, membaca boleh dirumuskan bahawa satu proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Haris dan Sipay, 1980). Proses membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang itu mengencam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi ataupun makna yang diketahui melalui pengalaman dan akhirnya berupaya mentafsir maksudnya.


Bagaimana proses membaca berlaku?
  • Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas, iaitu ”nyah kod” (decode) dan pemahaman. Proses nyah kod melibatkan pemahaman  tentang hubungan antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada  bentuk yang sama dengan bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut  perkataan yang ditulis dengan betul. Manakala poroses pemahaman pula membolehkan  seseorang memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.
a.     Membaca sebagai proses sensori (kederiaan)
- Melibatkan 2 deria iaitu deria penglihatan dan deria pendengaran.
Deria penglihatan - Proses membaca berlaku apabila lambang-lambang dilihat dan  disalurkan ke otak untuk diproses bagi mendapat makna sebenar.  Bagi individu yang bermasalah penglihatan  (buta)   deria penglihatan akan  digantikan  dengan  deria sentuhan.
Deria pendengaran - Seseorang memerlukan pendengaran yang baik untuk membolehkannya membaca dengan baik. Seseorang perlu mendengar dengan  baik mesej yang diterima supaya  ia dapat menghasilkan  semula mesej itu  dengan jelas dan tepat. Keadaan ini tidak berlaku kepada individu yang mengalami masalah pendengatan.

b.      Membaca sebagai proses pengamatan
- Pengamatan adalah satu proses menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca  indera berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung rapat dengan  pemikiran. Dalam bacaan, pengamatan membolehkan seseorang mengenal  dengan  tepat lambang-lambang dan mengaitkannya dengan  bunyi-bunyi dan juga makna.  Pengamatan dalam bacaan adalah seperti (1) mendiskriminasi iaitu mengecam dan juga membezakan, (2)  “figure ground” iaitu mengenal objek-objek, bentuk, atau corak-corak, (3)  ingatan, iaitu mengingat kembali apa yang dilihat atau didengar, dan (4)  turutan, iaitu seperti memahami  giliran dan  urutan.

c.      Membaca sebagai satu proses bahasa
- Bacaan adalah sebagaian daripada kemahiran bahasa (language arts) iaitu yang bermula daripada mendengar, bertutur, membaca, dan seterusnya menulis.  Membaca dapat membantu manusia berkomunikasi dan berhubung sesama mereka  melalui sistem lambang-lambang tulisan yang  mereka cipta.

d.      Membaca adalah satu proses kognitif
- Membaca  bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga melibatkan proses  kognitif atau berfikir pada semua peringkat membaca seperti mengecam, mendiskriminasi, dan memaham. Oleh itu kecerdasan seseorang akan mempengaruhi  kemajuannya dalam  membaca.

No comments:

Post a Comment